Bukit Mokcun ataupun dengan nama lain sebagai Bukit Kodiang ini berada di mukim
Kodiang, Kedah. Nama asal Bukit Mokcun
dipanggil “Bukit Hantu, ianya dikenali dengan nama MokCun disebabkan drama bersiri MOK Cun lakonan Erma
Fatima yang memegang watak Mok Cun dimana pengambaran drama ini telah diadakan
di kawasan ini.
04 April 2018 merupakan tarikh pasukan Extreme Sports Club menawan puncak bukit Mok Cun yang mempunyai pemandangan yang cantik. Tinggi tak la tara mana bak kata orang sini. 30 minit mendaki bagi insan yang fit. 10 minit laluan denai hutan dengan cerun yang curam 75 darjah.
Tak fit boleh buat mendongak aja. Baki pendakian kena panjat batu 90 darjah. Panjat batu ni bagus guna peralatan mendaki. Boleh berhubung dengan operator setempat. Tali, helmet & harness serta khidmat crew ada disediakan.
laluan denai hutan dengan cerun yang curam 75 darjah |
pendakian kena panjat batu 90 darjah |
Puncak Bukit Mok Cun |
Naik pagi tengahari dah boleh ada dibawah semula. Waktu ni kami naik
belah petang cuma bukan musim padi masak or musim menuai padi, kalau tak
view dari atas pasti menawan gila dengan warna emas padi pada setiap
jelapang.
No comments:
Post a Comment