Awal bulan 3 tahun 2019, saya baru sahaja selesai misi mendaki Gunung Kinabalu. Suatu pengalaman yang sangat
awesome,
orang kata “once in a lifetime experience” dan merupakan gunung tertinggi yang pernah saya daki. Oleh itu, saya terbitkan artikel ini untuk berkongsi sebanyak mungkin pengalaman saya
mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Sila ambil maklum bahawa artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman
peribadi semata-mata. Turut disertakan adalah tips atau panduan yang
saya dapat secara langsung daripada pendaki lain, guide dan orang
sekeliling. Bagi yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, pengalaman yang
pernah anda lalui mungkin sedikit berlainan.
Untuk Pendakian kali ini, kami mula merancang dari awal tahun 2018 lagi dan segala persiapan dilakukan berperingkat, dimana kami membuatnya sendiri dari kos pengangkutan hingga ke penginapan serta pendakian.
Terima kasih kepada sahabat dalam kumpulan saya iaitu Soock Wei, Vitwat dan Mirza yang menguruskan segala dari pengangkutan hingga ke pengginapan.
Dari Tahun 2018 lagi kami seramai 8 ahli bergiat membuat latihan dengan pelbagai pendakian bukit serta gunung di Kedah ini bagi membina stamina untuk pendakian ini.
Journey kami mendaki gunung Kinabalu bermula pada 07 March 2019 hingga 11 March 2019.
|
Peta trek pendakian Gunung Kinabalu. Kredit gambar: Kinabalu Park |
Untuk trip ini, saya ikut laluan yang bermula daripada Timpohon Gate.
Jaluran atau laluan ini juga dikenali sebagai Timpohon Route dan boleh
dianggap laluan yang mudah. Terdapat satu lagi laluan iaitu Mesilau
Route yang telah ditutup setelah kejadian gempa bumi pada tahun 2015
yang telah mengorban nyawa.
Persiapan barangan untuk dibawa mendaki gunung kinabalu. Berat bag ni 10kg, tak semua barang ni saya bawak naik atas, ada yang tinggal dalam van yang kami sewa. Dekat bawah nanti saya akan ceritakan pengalaman“once in a lifetime experience”.
Perjalanan kami bermula pada 07 March 2019 dari Airport Pulau Pinang ke Airport Kota Kinabalu.
Menaiki Air Asia. Ekonomi kelas je. save budget.
sampai di Airport Kota Kinabalu, van yang di booking kami dari tahun 2018 telah siap siaga menunggu kami.
pada jam 1400hrs kami bergerak ketempat penginapan kami di Mile 36 Lodge di Kundasang.
View perjalanan ke Kundasang, walaupun tengahari cuacanya cukup nyaman dan sejuk.
Di Tempat Penginapan kami sebelum aktiviti mendaki gunung Kinabalu esok hari.
|
Bergambar kenangan di Sign Bord Logde. |
|
View Mile 36 Lodge |
Di Mile 36 Logde terdapat kedai serbaneka yang menjual cenderemata untuk pengungjung.
|
mencari barangan keperluan |
|
Persiapan equitment dan barangan untuk dibawa naik ke Panalaban atau Laban Rata |
|
View waktu subuh di Mile 36 Lodge, cukup menarik dan sejuk. |
|
siap dengan baju team (Kedah) |
08 March 2019 kami siap siaga untuk mendaki gunung Kinabalu, jam pada waktu ni pukul 6.00 pagi. Ingatan untuk diri sendiri dan rakan yang membaca, dekat sini subuhnya awal.
setiap peserta perlu daftarkan serta membuat pembayaran pendakian di Kinabalu Park terlebih dahulu. Kemudian, kami menaiki van dari pejabat Kinabalu Park ke
Timpohon Gate.
|
Proses Pendaftaran Peserta Pendakian. |
|
Setiap Peserta Perlu Mendaftar Sendiri Butiran Maklumat. |
|
Pas pendakian. Pastikan anda check-in dan check-out untuk pengesahan keselamatan dan kejayaan sampai ke puncak |
Pas ini juga akan digunakan untuk check-in dan check-out di checkpoint
Sayat-sayat, iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak. Ianya
akan menjadi satu-satunya rujukan kepada pegawai Kinabalu Park sama ada
ada berjaya sampai ke puncak atau tidak. Bagi yang berjaya sampai ke
puncak, pendaki akan diberikan satu sijil khas, yang tak berjaya sampai ke puncak boleh mencuba lagi.
|
Di pintu utama sebelum menuju ke Timpohon Gate |
Semua dah bersemangat berkobar, disini kami perlu berjalan lebih kuran 200 meter ke Timpohon Gate bagi check point pertama.
|
Timpohon Gate, disinilah permulaan trek pendakian Gunung Kinabalu |
Sebelum memulakan pendakian, ketua guide akan memberikan
taklimat keselamatan kepada semua pendaki. Di pintu Timpohon Gate ini,
sila check-in di kaunter dan anda akan diberikan pas. Pastikan anda
sentiasa memakai pas ini setiap masa.
|
Daftar diri di Check Point Pertama berdasarkan nombor pada Pass yang diberi |
Di Check Point pertama, kami di kehendaki menunjukkan pass yang kami perolehi dan menurunkan tandatangan pada borang yang dibekalkan.
|
selepas lapor diri di Check Point Pertama |
|
Jalan Rata pada permulaan perjalanan |
Perjalanan baru 500 meter, dah mula berpeluh anak.
|
di Kandis Shelter |
|
Perjalanan 1.5KM |
|
2 KM berjalan, Mandi peluh |
|
Add caption |
|
Posing lu |
|
sampai Laban Rata |
Kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke check point kedua ni. Boleh dikatakan proses perjalan dari Timpohon Gate hingga ke Laban Rata jalannya hanya trak yang tidak memerlukan pendakian dan jaraknya dalam 6KM.
Disini kami bermalam di Lemaing Hostel.
|
Tempat penginapan saya di Lemaing Hostel, jenis dorm. Ada beberapa
hostel, kalau ambil pakej yang lebih mahal boleh dapat bilik yang lebih
privacy seperti 2 orang satu bilik. |
Lemaing Hostel boleh diibaratkan Dorm, di bilik ini tidak mempunyai penghawa dingin atau kipas, anda dah boleh merasa kesejukan Gunung Kinabalu. Syukur di bilik mandi terdapat hot shower yang disediakan di bilik mandi tapiiiiiiiiii tidak terdapat air panas di tandas, so diingatkan jika anda seorang yang tidak perlu menggunakan tandas setiap hari (membuang air besar), teramatlah digalakan anda membawa wet tissue, air disini terrraaamaaatlah sejuk untuk kegunaan anda sewaktu menggunakan tandas.
|
Suhu di Laban Rata di sebelah petang belum malam lagi. |
|
makan malam di Restoran Laban Rata |
Di dalam Restoran ini kurang sejuknya berbanding di luar restoran. Makan yang dihidangkan secara buffet dan and boleh makan semahu anda.
|
Ready to Summit Attack |
Acara kemuncak pendakian ini semestinya
summit attack. Segalanya bergantung pada cuaca dan kebenaran daripada pihak renjer. Sekiranya hujan, memang anda tidak bernasib baik.
Just come back again next time.
Summit attack
biasanya bermula pada pukul 2.30 pagi, iaitu selepas supper pada pukul
2. Seperti biasa, ada taklimat keselamatan daripada guide.
Pastikan waktu supper makan sampai kenyang.
Summit attack perlukan lebih banyak tenaga walaupun jarak daripada Laban Rata ke Summit cumalah sekitar 3km.
|
Sayat-sayat, last CP sebelum sampai summit. Pastikan anda check-in dan
check-out disini. Ada pegawai yang bertugas. Gambar diambil ketika saya
sedang turun dari summit |
Bahagian pertama trek pendakian adalah tangga. Namun, selepas
checkpoint Sayat-sayat, cabaran sebenar bermula di mana anda perlu
mendaki lereng-lereng bukit. Jangan risau, tali keselamatan disediakan.
Pastikan anda check-in dan check-out di checkpoint ini. Untuk solat
Subuh, saya cadangkan solat di Sayat-sayat sebab ada tandas untuk
wudhuk.
Ketika
summit attack, anda sememangnya bergantung sepenuhnya
pada headlamp. Pastikan pakai glove kalis air dan juga penutup muka
atau hidung/telinga untuk mengelakkan tangan, muka, telinga dan mulut
daripada kebas. Biasanya angin memang kuat. Selepas Sayat-sayat,
kebanyakan masa saya berseorangan – orang depan dan belakang berada di
jarak 100 meter dari saya.
Gambar paling wajib semestinya gambar bersama papan tanda yang menandakan anda sudah sampai ke puncak Kinabalu.
I did it.
Untuk makluman, di Kinabalu ada beberapa peak antaranya Ugly Sister
Peak, Donkey Ear Peak, South Peak (Puncak Seringgit). Puncak paling
tinggi adalah Low’s Peak, yang ada papan tanda ini.
|
Pendakian Turun ke Timpohon Gate |
Tongkat untuk hiking ini teramatlah penting ketika penurunan atau pendakian, anda dapat mempercepatkan langkah serta mengurangkan beban pada lutut.
|
sampai di Timpohon Gate |
hampir suku perjalanan kami hendak sampai di Timpohon Gate, kami diuji lak dengan hujan. Hujan boleh dikatakan agak lebat jugak.
|
Di Kinabalu Park bersama Medal dan Sijil Berjaya Menawan Gunung Kinabalu |
|
Di Kinabalu Park bersama Medal dan Sijil Berjaya Menawan Gunung Kinabalu
|
No comments:
Post a Comment