11 Mac 2019 sebahagian dari team Hiking berkumpul semula di Gunung Keriang untuk "warming up" setelah sekian lama men"bz"kan diri dengan urusan dunia. Gunung Keriang ini merupakan salah satu gunung yang kami guna untuk bina stamina bagi pendakian di Gunung Kinabalu Sabah.
Sedikit info mengenai Gunung Keriang bagi yang tidak mengenalinnya...... Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.
Gunung Keriang |
Trek pendakian lebih kurang sejauh 800-1000 meter daripada bawah hinggalah ke puncak. Laluan pendakian bagus untuk membina stamina dan boleh dikatakan senang untuk mendaki bagi yang ingin mencuba aktiviti pendakian. Pendakian ini tidak memerlukan guide atau petunjuk arah kerana Trek yang agak jelas dengan tanda arah daripada bawah hinggalah ke atas. Bagi saya memang mustahil untuk sesat sebab jarak treknya kurang daripada 1km. Kalau sesat juga…ermmmmm….entah laaaaaa!!!! tak dapat nak kata apa lagi kalau boleh sesat jugak!!!! Masa pendakian ke puncak lebih kurang 30-45 minit dan masa turun dianggarkan kurang daripada 30 minit.
Di puncak terdapat satu pondok rehat untuk pendaki berehat sambil menikmati permandangan di puncak Gunung Keriang. Di sebelah kiri dan kanan akan kelihatan permandangan sawah padi.
Jangan lupa untuk bergambar di atas nanti, permandangannya memang menarik walaupun hanya di ketinggian lebih kurang 200 meter.
Jom layan gambarlah…….
pintu masuk pendakian |
Trek permulaan terdapat tangga yang perlu dilalui sehinggal lah...... (lihat gambar)
trek pendakian berbatu sehingga ke atas |
Pondok Rehat di Puncak Gunung Keriang |
View Dari Puncak Gunung Keriang |
Pendakian kami mengambil masa lebih kurang 25 minit (mula dari pintu masuk pendakian). Perkara yang digunakan atau dibawa sewaktu pendakian mengikut pandangan saya:-
- Air Minuman (terpulang kepada individu nak bawak air apa)
- Kasut Getah, kalau boleh pakai je kasut getah yang orang bawak pi menoreh tu (keadaan jalan berbatu).
- spray cramp jika adanda seorang yang kurang membuat aktiviti lasak but better be prepare then never (terpulang kepada individu).
No comments:
Post a Comment