Saturday, June 29, 2019

Pendakian Gunung Pulai, Baling, Kedah.

Gunung Pulai, Baling Kedah

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Kali ini ingin berkongsi pengalaman Ekspedisi Pendakian Gunung Pulai yang diadakan pada 23.11.2017.

Gunung Pulai yang ketinggiannya hanya 620 meter dari paras laut dan terletak bersebelahan dengan Gunung Baling yang merupakan bench mark orang Baling, Kedah. Gunung ini merupakan gunung pertama yang didaki di Kedah setelah hampir 15 tahun tinggal aktiviti lasak.

Trak pendakian Gunung Pulai kebanyakannya berbatu tajam dan merupakan trak yang boleh dikatakan mencabar bagi newbies macam saya. Pada awalkan info yang diperolehi dari "maling gunung' trak berbatu dan perlukan aktiviti memanjat hanya pada awalnya sahaja, tetapi indah khabar dari rupa, rupa-rupa dari awal hingga ke puncak traknya berbatu tajam dan memerlukan aktiviti memanjat.

Bergambar bersama penganjur program di rumah Pak Cha (check point pertama kami)

Pendakian bermula lebih kurang jam 9.00 pagi, agak lewat dari perancangan yang dibuat. Sebelum pendakian bermula, kami dijamu makan pagi di rumah Pak Cha yang merupakan penduduk tempatan di sini. Kami dijamu dengan makan ringan sahaja.


pendakian bermula dengan pendakian yang curam
pendakian bermula dengan pendakian yang curam
 

separuh perjalanan (lepak n refill nafas lu)

hampir ke puncak
pendakian jalan berbatu





Puncak Gunung Pulai

Di Puncak sambil Bendera Penganjur Program Di Kibarkan

No comments:

Post a Comment

Keriang Hill....

Assalammualaikum dan salam sejahtera... selepas Gunung Kinabalu pada Mac 2019, inilah kali kedua bg tahun 2019 team kami mula bergerak semul...