|
Gunung Pulai, Baling Kedah |
Assalammualaikum dan salam sejahtera... Kali ini ingin berkongsi pengalaman Ekspedisi Pendakian Gunung Pulai yang diadakan pada 23.11.2017.
Gunung
Pulai yang ketinggiannya hanya 620 meter dari paras laut dan terletak
bersebelahan dengan Gunung Baling yang merupakan bench mark orang
Baling, Kedah. Gunung ini merupakan gunung pertama yang didaki di Kedah
setelah hampir 15 tahun tinggal aktiviti lasak.
Trak
pendakian Gunung Pulai kebanyakannya berbatu tajam dan merupakan trak
yang boleh dikatakan mencabar bagi newbies macam saya. Pada awalkan info
yang diperolehi dari "maling gunung' trak berbatu dan perlukan aktiviti
memanjat hanya pada awalnya sahaja, tetapi indah khabar dari rupa,
rupa-rupa dari awal hingga ke puncak traknya berbatu tajam dan
memerlukan aktiviti memanjat.
|
Bergambar bersama penganjur program di rumah Pak Cha (check point pertama kami) |
Pendakian bermula lebih kurang jam 9.00
pagi, agak lewat dari perancangan yang dibuat. Sebelum pendakian
bermula, kami dijamu makan pagi di rumah Pak Cha yang merupakan penduduk
tempatan di sini. Kami dijamu dengan makan ringan sahaja.
|
pendakian bermula dengan pendakian yang curam |
|
pendakian bermula dengan pendakian yang curam |
|
separuh perjalanan (lepak n refill nafas lu) |
|
hampir ke puncak |
|
pendakian jalan berbatu |
|
Puncak Gunung Pulai |
|
Di Puncak sambil Bendera Penganjur Program Di Kibarkan |