Saturday, July 13, 2019

Keriang Hill....

Assalammualaikum dan salam sejahtera... selepas Gunung Kinabalu pada Mac 2019, inilah kali kedua bg tahun 2019 team kami mula bergerak semula... program banyak tergendala atas faktor yang tak dapat nak di elakkan....

11 Mac 2019 sebahagian dari  team Hiking berkumpul semula di Gunung Keriang untuk "warming up" setelah sekian lama men"bz"kan diri dengan urusan dunia. Gunung Keriang ini merupakan salah satu gunung yang kami guna untuk bina stamina bagi pendakian di Gunung Kinabalu Sabah.

Sedikit info mengenai Gunung Keriang bagi yang tidak mengenalinnya...... Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.

Gunung Keriang


Trek pendakian lebih kurang sejauh 800-1000 meter daripada bawah hinggalah ke puncak. Laluan pendakian bagus untuk membina stamina dan boleh dikatakan senang untuk mendaki bagi yang ingin mencuba aktiviti pendakian. Pendakian ini tidak memerlukan guide atau petunjuk arah kerana Trek yang agak jelas dengan tanda arah daripada bawah hinggalah ke atas. Bagi saya memang mustahil untuk sesat sebab jarak treknya kurang daripada 1km. Kalau sesat juga…ermmmmm….entah laaaaaa!!!! tak dapat nak kata apa lagi kalau boleh sesat jugak!!!!  Masa pendakian ke puncak lebih kurang 30-45 minit dan masa turun dianggarkan kurang daripada 30 minit.

Di puncak terdapat satu pondok rehat untuk pendaki berehat sambil menikmati permandangan di puncak Gunung Keriang. Di sebelah kiri dan kanan akan kelihatan permandangan sawah padi. Jangan lupa untuk bergambar di atas nanti, permandangannya memang menarik walaupun hanya di ketinggian lebih kurang 200 meter. 


Jom layan gambarlah…….


pintu masuk pendakian
 Macam biasa, saya akan menjadi seorang camera man yang akan mengambil gambar aktiviti kelab so gambar saya banyak yang tiada dalam aktiviti ini.... Ahli biasa di dalam gambar atas ialah Vit dan Man.

Trek permulaan terdapat tangga yang perlu dilalui sehinggal lah...... (lihat gambar)


trek pendakian berbatu sehingga ke atas








Pondok Rehat di Puncak Gunung Keriang

View Dari Puncak Gunung Keriang






Pendakian kami mengambil masa lebih kurang 25 minit (mula dari pintu masuk pendakian). Perkara yang digunakan atau dibawa sewaktu pendakian mengikut pandangan saya:-
  1. Air Minuman (terpulang kepada individu nak bawak air apa)
  2. Kasut Getah, kalau boleh pakai je kasut getah yang orang bawak pi menoreh tu (keadaan jalan berbatu).
  3. spray cramp jika adanda seorang yang kurang membuat aktiviti lasak but better be prepare then never (terpulang kepada individu).



Wednesday, July 10, 2019

cycling UUM ke Pdg Sanai

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni dah upload mengenai aktiviti baru ang disertai....  Pada 16.06.2019 hari Sabtu, mula aktiviti baru iaitu cycling dari UUM Sintok ke Padang Sanai jalan kt sana not bad lh.. jalan berbukit bukit yang perlukan banyak tenaga untuk kayuh naik.....


Ni gambar di taman di pauh, Perlis. Basikal siap naik pick-up trak tuk dibawa ke UUM Sintok bagi memulakan ekspidisi kayuhan dari UUM ke Padang Sanai dan patah balik ke UUM. Bersama dengan Che Man serta Bang Man (yg duk ikat basikal dkt pick-up dia)


Tayar pick-up golek ke UUM Sintok.

Anda boleh lihat dekat gambar di atas yang jalannya berbukit-bukit.

Posing lu..

Berhenti lepak
 waktu dah hampir dengan simpang ke Padang Sanai.

Kami sampai di UUM Sintok, masa yang diambil lebih kurang lebih kurang 2 jam kalau tak silap saya.




about me.

gambar pada 08.03.2019 D Gunung Kinabalu, Sabah.


Assalammualaikum di post ni saya ingin kenalkan sedikit mengenai diri saya yang mana saya sepatutnya letak pada entri pertama saya bukannya sekarang... al-maklumkan xcited nya pasal nk buat blog smpai lupa nk kenalkn diri.


Nama diberi Mohd Faiq bin Hussin, boleh panggil Fiq or faiq je. Merupakan pelajar jarak jauh (PJJ) di UUM dalam course Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, No. Matrik: 266045. Sekarang dalam semester kedua bagi pengajian ini, insyaalah jika tiada halangan pada tahun 2024 saya akan tamat pengajiannya... Doakan kejayaan saya... Amiin.

Minat dan Hobi saya berdasarkan post2 saya sebelum ini... memang dah berkecimpung dengan pendakian dari zaman persekolahan lagi.



Monday, July 8, 2019

Journey to Gunung Kinabalu







Awal bulan 3 tahun 2019, saya baru sahaja selesai misi mendaki Gunung Kinabalu. Suatu pengalaman yang sangat awesome, orang kata “once in a lifetime experience” dan merupakan gunung tertinggi yang pernah saya daki. Oleh itu, saya terbitkan artikel ini untuk berkongsi sebanyak mungkin pengalaman saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
 
Sila ambil maklum bahawa artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Turut disertakan adalah tips atau panduan yang saya dapat secara langsung daripada pendaki lain, guide dan orang sekeliling. Bagi yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, pengalaman yang pernah anda lalui mungkin sedikit berlainan.

Untuk Pendakian kali ini, kami mula merancang dari awal tahun 2018 lagi dan segala persiapan dilakukan berperingkat, dimana kami membuatnya sendiri dari kos pengangkutan hingga ke penginapan serta pendakian.

Terima kasih kepada sahabat dalam kumpulan saya iaitu Soock Wei, Vitwat dan Mirza yang menguruskan segala dari pengangkutan hingga ke pengginapan.

Dari Tahun 2018 lagi kami seramai 8 ahli bergiat membuat latihan dengan pelbagai pendakian bukit serta gunung di Kedah ini bagi membina stamina untuk pendakian ini.

Journey kami mendaki gunung Kinabalu bermula pada 07 March 2019 hingga 11 March 2019.

Peta trek pendakian Gunung Kinabalu. Kredit gambar: Kinabalu Park

Untuk trip ini, saya ikut laluan yang bermula daripada Timpohon Gate. Jaluran atau laluan ini juga dikenali sebagai Timpohon Route dan boleh dianggap laluan yang mudah. Terdapat satu lagi laluan iaitu Mesilau Route yang telah ditutup setelah kejadian gempa bumi pada tahun 2015 yang telah mengorban nyawa.




Persiapan barangan untuk dibawa mendaki gunung kinabalu. Berat bag ni 10kg, tak semua barang ni saya bawak naik atas, ada yang tinggal dalam van yang kami sewa. Dekat bawah nanti saya akan ceritakan pengalaman“once in a lifetime experience”.



Perjalanan kami bermula pada 07 March 2019 dari Airport Pulau Pinang ke Airport Kota Kinabalu.





Menaiki Air Asia. Ekonomi kelas je. save budget.


sampai di Airport Kota Kinabalu, van yang di booking kami dari tahun 2018 telah siap siaga menunggu kami.

pada jam 1400hrs kami bergerak ketempat penginapan kami di Mile 36 Lodge di Kundasang.


View perjalanan ke Kundasang, walaupun tengahari cuacanya cukup nyaman dan sejuk.


Di Tempat Penginapan kami sebelum aktiviti mendaki gunung Kinabalu esok hari.

Bergambar kenangan di Sign Bord Logde.


View Mile 36 Lodge



Di Mile 36 Logde terdapat kedai serbaneka yang menjual cenderemata untuk pengungjung.


mencari barangan keperluan

 
Persiapan equitment dan barangan untuk dibawa naik ke Panalaban atau Laban Rata

View waktu subuh di Mile 36 Lodge, cukup menarik dan sejuk.

siap dengan baju team (Kedah)
08 March 2019 kami siap siaga untuk mendaki gunung Kinabalu, jam pada waktu ni pukul 6.00 pagi. Ingatan untuk diri sendiri dan rakan yang membaca, dekat sini subuhnya awal.




setiap peserta perlu daftarkan serta membuat pembayaran pendakian di Kinabalu Park terlebih dahulu. Kemudian, kami menaiki van dari pejabat Kinabalu Park ke Timpohon Gate.

Proses Pendaftaran Peserta Pendakian.

Setiap Peserta Perlu Mendaftar Sendiri Butiran Maklumat.

Pas pendakian. Pastikan anda check-in dan check-out untuk pengesahan keselamatan dan kejayaan sampai ke puncak
Pas ini juga akan digunakan untuk check-in dan check-out di checkpoint Sayat-sayat, iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak. Ianya akan menjadi satu-satunya rujukan kepada pegawai Kinabalu Park sama ada ada berjaya sampai ke puncak atau tidak. Bagi yang berjaya sampai ke puncak, pendaki akan diberikan satu sijil khas, yang tak berjaya sampai ke puncak boleh mencuba lagi.


Di pintu utama sebelum menuju ke Timpohon Gate
Semua dah bersemangat berkobar, disini kami perlu berjalan lebih kuran 200 meter ke Timpohon Gate bagi check point pertama.


Timpohon Gate, disinilah permulaan trek pendakian Gunung Kinabalu


Sebelum memulakan pendakian, ketua guide akan memberikan taklimat keselamatan kepada semua pendaki. Di pintu Timpohon Gate ini, sila check-in di kaunter dan anda akan diberikan pas. Pastikan anda sentiasa memakai pas ini setiap masa.


Daftar diri di Check Point Pertama berdasarkan nombor pada Pass yang diberi

Di Check Point pertama, kami di kehendaki menunjukkan pass yang kami perolehi dan menurunkan tandatangan pada borang yang dibekalkan.

selepas lapor diri di Check Point Pertama

Jalan Rata pada permulaan perjalanan





Perjalanan baru 500 meter, dah mula berpeluh anak.

di Kandis Shelter



Perjalanan 1.5KM



2 KM berjalan, Mandi peluh




Add caption

Posing lu



sampai Laban Rata


Kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke check point kedua ni. Boleh dikatakan proses perjalan dari Timpohon Gate hingga ke Laban Rata jalannya hanya trak yang tidak memerlukan pendakian dan jaraknya dalam 6KM.

Disini kami bermalam di Lemaing Hostel.

Tempat penginapan saya di Lemaing Hostel, jenis dorm. Ada beberapa hostel, kalau ambil pakej yang lebih mahal boleh dapat bilik yang lebih privacy seperti 2 orang satu bilik.
Lemaing Hostel boleh diibaratkan Dorm, di bilik ini tidak mempunyai penghawa dingin atau kipas, anda dah boleh merasa kesejukan Gunung Kinabalu. Syukur di bilik mandi terdapat hot shower yang disediakan di bilik mandi tapiiiiiiiiii tidak terdapat air panas di tandas, so diingatkan jika anda seorang yang tidak perlu menggunakan tandas setiap hari (membuang air besar), teramatlah digalakan anda membawa wet tissue, air disini terrraaamaaatlah sejuk untuk kegunaan anda sewaktu menggunakan tandas.

Suhu di Laban Rata di sebelah petang belum malam lagi.
 
makan malam di Restoran Laban Rata
 Di dalam Restoran ini kurang sejuknya berbanding di luar restoran. Makan yang dihidangkan secara buffet dan and boleh makan semahu anda.





Ready to Summit Attack
Acara kemuncak pendakian ini semestinya summit attack. Segalanya bergantung pada cuaca dan kebenaran daripada pihak renjer. Sekiranya hujan, memang anda tidak bernasib baik. Just come back again next time. Summit attack biasanya bermula pada pukul 2.30 pagi, iaitu selepas supper pada pukul 2. Seperti biasa, ada taklimat keselamatan daripada guide.

Pastikan waktu supper makan sampai kenyang. Summit attack perlukan lebih banyak tenaga walaupun jarak daripada Laban Rata ke Summit cumalah sekitar 3km.


Sayat-sayat, last CP sebelum sampai summit. Pastikan anda check-in dan check-out disini. Ada pegawai yang bertugas. Gambar diambil ketika saya sedang turun dari summit
Bahagian pertama trek pendakian adalah tangga. Namun, selepas checkpoint Sayat-sayat, cabaran sebenar bermula di mana anda perlu mendaki lereng-lereng bukit. Jangan risau, tali keselamatan disediakan. Pastikan anda check-in dan check-out di checkpoint ini. Untuk solat Subuh, saya cadangkan solat di Sayat-sayat sebab ada tandas untuk wudhuk.

Ketika summit attack, anda sememangnya bergantung sepenuhnya pada headlamp. Pastikan pakai glove kalis air dan juga penutup muka atau hidung/telinga untuk mengelakkan tangan, muka, telinga dan mulut daripada kebas. Biasanya angin memang kuat. Selepas Sayat-sayat, kebanyakan masa saya berseorangan – orang depan dan belakang berada di jarak 100 meter dari saya.


Gambar paling wajib semestinya gambar bersama papan tanda yang menandakan anda sudah sampai ke puncak Kinabalu. I did it. Untuk makluman, di Kinabalu ada beberapa peak antaranya Ugly Sister Peak, Donkey Ear Peak, South Peak (Puncak Seringgit). Puncak paling tinggi adalah Low’s Peak, yang ada papan tanda ini.


Pendakian Turun ke Timpohon Gate



Tongkat untuk hiking ini teramatlah penting ketika penurunan atau pendakian, anda dapat mempercepatkan langkah serta mengurangkan beban pada lutut.





sampai di Timpohon Gate
 hampir suku perjalanan kami hendak sampai di Timpohon Gate, kami diuji lak dengan hujan. Hujan boleh dikatakan agak lebat jugak.


Di Kinabalu Park bersama Medal dan Sijil Berjaya Menawan Gunung Kinabalu




Di Kinabalu Park bersama Medal dan Sijil Berjaya Menawan Gunung Kinabalu







































Keriang Hill....

Assalammualaikum dan salam sejahtera... selepas Gunung Kinabalu pada Mac 2019, inilah kali kedua bg tahun 2019 team kami mula bergerak semul...